Wednesday, 17 August 2011

Assalamualaikum wbh,

Kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia, hari ini 17 Ogos 2011 bersamaan 17 Ramadan 1432 Hijrah, merupakan satu tarikh yang begitu bermakna bagi seluruh umat Islam. Peristiwa penting ini ialah peristiwa agung dalam sejarah umat Islam di bulan Ramadan ialah turunnya kitab suci al-Quran atau disebut Nuzul al-Quran. Ia dirakamkan dalam al-Quran, melalui firman Allah yang bermaksud:

 Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185) 


Pengertian Nuzul Al-Quran :

‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah dari tempat sebelah atas ke tempat di sebelah bawah.

Al-Quran’ pula bermaksud bacaan atau himpunan. Ia dikatakan sebagai bacaan kerana al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia. Ia juga dikatakan himpunan kerana dalam Al-Quran itu terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat dan sebagainya.


Tuntutan Al-Quran: 

Sesungguhnya Al-Quran mempunyai tiga hak yang wajib ke atas umat Islam untuk menunaikannya. 

  1. Hak untuk membaca dan bertilawah kepadanya.
  2. Hak untuk bertakbir atau memahami makna dan menjiwai kehidupan.
  3. Hak untuk beramal dengan seluruh isi kandungannya.

   Peringatan: 

     1.    Al-Quran untuk dibaca buka dijadikan perhiasan. 
     2.    Al-Quran tidak menjadi syifa’ (ubat) bagi orang yang ingkar dan zalim.
     3.    Al-Quran menjadi petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa.
     4.   Hati yang keras boleh dilembutkan dengan hidayah Al-Quran dengan keizinan Allah.
   5.   Pesan Nabi saw: Aku tinggalkan dua perkara yang jika kamu berpegang kepada kedua-duannya, nescaya   kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Kitab Allah (al-Quran) dan Sunnahku (al-Hadis).

     Semoga Ramadan kali ini membawa rahmat buat kita semua. Amin.