Friday 1 July 2011

panduan hidup cahaya pedoman: LARIAN 1 MALAYSIA

panduan hidup cahaya pedoman: LARIAN 1 MALAYSIA: "Salam 1 Malaysia....... 2 Julai 2011, seluruh warga pendidikan di seluruh Malaysia bersama-sama merealisasikan tuntutan kerajaan Malaysia ..."

LARIAN 1 MALAYSIA

Salam 1 Malaysia.......

2 Julai 2011, seluruh warga pendidikan di seluruh Malaysia bersama-sama merealisasikan tuntutan kerajaan Malaysia dengan mengadakan Larian 1 Malaysia. Tidak kira usia, pangkat dan rupa bersepakat menyusun langkah laju bersemangat mengatur larian bersama.

Di sekolah IZ , hari ini juga turut serta mengadakan Larian 1 Malaysia bersama seluruh warga sekolah begitu juga dengan ibu bapa. Semuda usia 5 tahun , murid-murid pra sekolah hinggalah ke usia 56 tahun iaitu Guru Besar nya yang akan berpencen tidak lama lagi , bersama-sama berlari menjayakan program ini.

Sesekali terdetik di fikiran , bagus juga program ni. Kalau tak kerana terpaksa menjayakan program kerajaan ni tak berlari laa cikgu-cikgi bersama-sama anak-anak muridnya. Kalo setakat acara tahunan merentas desa sudah tentu cikgu-cikgi tidak berlari bersama-sama pelajar kerana menjaga "check point". Maka inilah kesempatannya untuk cikgu-cikgi dan ibu bapa berlari berpeluh bersama, disamping mengeratkan hubungan silaturrahim. Macam IZ yang bersama-sama lari untuk bagi semangat pada anak yang berusia 5 tahun di pra sekolah.

Namun begitu banyak juga desas desus yang mempertikaikan apa motif program Larian 1 Malaysia ini? Lebih banyak memberikan kesan positif atau negatif atau sekadar sia-sia sahaja? Ramai dikalangan rakan-rakan IZ yang anaknya tidak hadirpun ke sekolah hari ini untuk menyertai Larian 1 Malaysia. Alasannya MALAS! Semalam semasa bertanyakan tentang kehadiran pelajar, ramai juga pelajar yang mengatakan tidak dapat hadir hari ini atas alasan ibu bapa ajak pergi sana la, pergi sini la. Almaklum laa Larian 1 Malaysia ini di buat pada hari Sabtu yang merupakan hari libur orang ramai diikuti dengan hari Ahad. Maka program ini diletak ketepi kerana keutamaan diberi kepada keluarga. Ramai juga yang terlibat dengan kenduri kendara tidak dapat menyertainya. Guru-guru juga ramai yang tidak dapat hadir kerana menghadiri kuliah bagi yang mengikuti Pengajian Jarak Jauh. Dengan itu bagaimanak kejayaan program ini dapat diklasifikasikan? Apakah program ini sekadar acara semasa atau dijadikan sebagai acara tahunan? Apakah perlaksanaannya sekadar menambah aktiviti / kalender tahunan? Atau ada juga desas desus sana sini yang menyebut apakah ini sekadar satu agenda kerajaan? Apa pun takrifan orang ramai , setiap sesuatu program yang dirancang pasti pada akar umbinya mempunyai motif yang berguna.Namun impaknya sahaja yang berbeza bagi pandangan masing-masing. Bagaimana pendapat saudara/saudari tentang program ini?  

PEMBUKA KATA .......

Assalamualaikum wbh & selamat sejahtera......

Hari ini 1 Julai 2011 bersamaan 29 Rejab 1432 , terdetik diri ini untuk membina satu ruangan yang dapat dikongsi bersama segala ilmu,pengalaman,luahan perasaan atau apa sahaja yang dapat dijadikan sebagai panduan hidup dan menjadi cahaya pedoman.....

Bercakap tentang panduan di dalam kehidupan ini, tidak kiralah apa sahaja perkara yang berlaku sama ada baik mahupun yang buruk pasti dapat dijadikan sebagai pedoman diri kita. Bak kata pepatah " yang baik dijadikan pedoman, yang buruk dijadikan sempadan". 

Bagi seseorang muslim, Rasulullah S.A.W telah meninggalkan 2 perkara yang dapat dijadikan panduan hidup iaitu kitab Allah dan sunnahnya agar semua umat manusia dapat mengkaji, menghayati dan mengamalkannya di sepanjang kehidupan ini. Andai sesiapa yang terus berpegang kepada 2 perkara ini maka perjalanan hidupnya akan terus mendapat sinar "nur" dari illahi.........

Semoga kita semua tergolong di dalam golongan yang sentiasa diberi petunjuk Allah dan tidak terus jauh terpesong dari segala ajaran Nya....aminn..